Atikah tak pernah minta duit, hatinya bersih – Lokman Teh

IKHLAS dan tidak pernah mengambil kesempatan, usahawan Datuk Lokman Teh menzahirkan rasa syukur dikurniakan  isteri, Datin Atikah Suhaime yang baik budi pekerti.

Ujar Lokman, 34, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, tidak pernah meminta wang atau barang mewah sepanjang perkahwinan malah sentiasa bersifat jujur serta ikhlas menjaga keluarga kecil mereka.

“Sebenarnya, Atikah tidak pernah meminta wang atau apa-apa daripada saya mahupun keluarga saya.

Dia seorang yang lurus dan ikhlas. Sebab itu, keluarga saya sanggup memberikan apa sahaja bentuk sokongan kepadanya.

“Saya pernah fikir tak akan bertemu wanita seperti ini tapi Alhamdulillah, Allah temukan juga. Tiada siapa pun sempurna, namun bagi saya, hatinya sangat suci,” katanya menerusi Threads.

TANGKAP layar perkongsian Lokman yang bersyukur dikurniakan isteri sebaik Atikah.

Perkongsian tersebut pantas mengundang respons netizen yang rata-ratanya kagum dengan keperibadian pelakon TanTiAna itu.

“Dari dulu nampak Atikah ni jenis tenang, matang dan tak menunjuk. Patutlah disayangi suami dan keluarga mentua,” kata seorang peminat.

Untung Datuk Lokman sebab isteri tak materialistik, bukan semua wanita macam tu,” tulis netizen.

“Semoga kekal bahagia sampai syurga. Pasangan ini contoh terbaik, sederhana tapi penuh kasih sayang,” komen pengguna media sosial.

Atikah dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama produk kecantikan terkenal Zaitun itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok