Zahnita Wilson kembali bergelar isteri

HANYA dengan sekali lafaz, pelakon dan peragawati sensasi, Zahnita Wilson sah bergelar isteri kepada kakitangan syarikat kewangan, Farouk Osman Yunus dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pukul 11.25 pagi tadi.

Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, dinikahkan Mohd Julian Hussein disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.

Farouk, 46, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300, dua bentuk cincin serta sejadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Masjid yang diadakan secara sederhana itu dihadiri keluarga terdekat mempelai termasuk tiga orang anak perempuan Zahnita.

Kedua-dua pengantin segak menggayakan busana berwarna putih rekaan Ruby Signature.

Terdahulu pada Ogos lalu, Zahnita mendedahkan dia sudah bertunang dengan lelaki berstatus duda selepas beberapa bulan berkenalan.

Sebelum ini pelakon filem Kuliah Cinta itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Zackery pada 2005 namun bercerai pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahfareena, 19, Zasharayna, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden, 5. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok