BERANG difitnah menjalin hubungan songsang, penyanyi Khai Bahar menegaskan lelaki dalam gambar yang tular dalam media sosial merupakan adik iparnya.
Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, menyelar individu yang mudah membuat tuduhan melulu selain mengajak pihak terbabit bersemuka.
Tolong siasat sebelum cakap. Itu adik ipar aku! Benaklah komen-komen pun.
“Anda semua buat spekulasi. Jom jumpa aku dulu, kita minum kopi siasat depan-depan,” katanya dalam platform
X.
Kata penyanyi lagu Luluh itu, kariernya banyak dibantu ahli keluarga yang sentiasa menemaninya ke acara persembahan mahupun program rasmi.
Aku ini keluarga banyak tolong kalau nak pergi mana-mana. Kalau kerja pun abang kandung aku jadi pembantu peribadi,” ujarnya.
Menzahirkan rasa terkilan, Khai memberi amaran agar menghentikan segala fitnah yang menjejaskan nama baiknya.
Aku maafkan yang memfitnah sebab anda tak kenal aku dan tak payah lah kenal aku. Tak penting pun.
“Terima kasih atas tuduhan-tuduhan. Jangan sampai benda ini semakin menjadi-jadi ya,” katanya.
Hal tersebut menjadi bualan netizen selepas sebuah akaun hiburan memuat naik video pendek memaparkan Khai bersama seorang lelaki dalam sebuah kereta.
Paparan yang tular itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial dengan meninggalkan komen jelek. – HIBGLAM