Nekad mahu bercerai, harap suami beri kerjasama – Zehra Zambri

BERDEPAN kemelut rumah tangga, Zehra Zambri mengakui masih tinggal sebumbung dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin walaupun sudah membuat permohonan perceraian.

Begitupun katanya, mereka tidak banyak berkomunikasi sebaliknya hanya bercakap perkara penting terutama soal anak.

“Kami masih tinggal di rumah yang sama kerana dia enggan keluar malah kami tidak bercakap.

Kami berjumpa pun selalunya waktu malam sebab dia sibuk di pejabat. Anak banyak luangkan masa dengan saya.

“Kebiasaannya masa siang saya dan anak banyak di kediaman orang tua saya yang tinggal berhampiran,” katanya kepada HibGlam, hari ini.

Zehra ditemui selepas sebutan kes permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Dalam prosiding berkenaan Iqwan yang tidak diwakili peguam enggan enggan melepaskan Zehra selepas penyanyi itu membuat permohonan cerai pada 7 Mac lalu.

Hakim Syarie, Wan Nurulddin Wan Hussain kemudian meminta kedua-dua mereka melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) selain menetapkan tarikh 7 Mei depan sebagai lantikan.

Pada masa sama, Zehra memaklumkan selama ini dia mengunci mulut berkaitan isu rumah tangganya kerana tidak mahu mencetuskan sebarang spekulasi liar.

Malah langkah itu diambil selepas berdepan pelbagai kecaman dan tohmahan pihak luar yang tidak mengetahui situasi sebenar.

“Langkah terbaik adalah berdiam dan jadi bodoh. Saya tak mahu ada lagi sebarang drama.

Perkara ini sudah lama berlaku dan memudaratkan mental saya. Hal ini perlu diuruskan dengan kadar segera,” ujarnya.

Zehra hadir di mahkamah bersama peguam syarie, Abdul Muiz Samsuri selain turut ditemani bapanya Zambri Ahmad.

Tambah penyanyi ini lagi, keputusan untuk memfailkan cerai bukan satu yang mudah dan dia sudah berfikir panjang sebelum berbuat demikian.

Orang tidak tahu sebab selama ini saya simpan. Saya dah fikir sedalam-dalamnya untuk cerai. Apa saya buat ada sebabnya.

“Saya mahukan yang terbaik untuk anak dan harap dia dapat memberikan kerjasama,” katanya.

Pasangan terbabit mendirikan pada 11 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan. – HJBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok