PENYANYI terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry selamat berlepas ke angkasa sebentar tadi menaiki roket Blue Origin.
Katy bersama lima lagi individu iaitu Gayle King, Amanda Nguyen, Aisha Bowe, Lauren Sanchez dan Kerianne Flynn berlepas melalui pusat pelepasan roket di West Texas.
Antara selebriti popular yang dilihat hadir bagi menyaksikan perlepasan roket tersebut ialah Oprah Winfrey , Kris Jenner dan Khloe Kardashian.
Sesi pelepasan roket tersebut turut dipaparkan secara langsung menerusi laman web rasmi Blue Origin.
Kedengaran suara Katy menyanyikan lagu What A Wonderful World sewaktu dalam perjalanan menuju angkasa lepas.
Kesemua mereka berada di ruang angkasa selama 11 minit sebelum kembali ke bumi.

KATY Perry bersujud cium tanah sebagai tanda syukur misinya berjaya sejurus keluar dari kapsul.
Sewaktu tiba ke bumi, Katy dilihat memegang bunga daisi sebagai simbolik membawa anak perempuannya yang berusia empat tahun bersama yang turut dinamakan sebagai Daisy.
Sewaktu keluar dari kapsul, Katy dilihat bersujud menyembah bumi dan mencium tanah tanda syukur dan cintanya terhadap bumi.
Keenam-enam wanita yang menyertai misi tersebut dilihat mengalirkan air mata saat keluar daripada kapsul tersebut.
Ini adalah pertama kali dalam sejarah enam wanita berlepas ke angkasa lepas sejak tahun 1963. Kunjungan mereka berenam adalah bersempena dengan misi pelancongan angkasa lepas. – HIBGLAM