‘Bukan nak melawa cari jantan, saya ada misi lain’

DIKRITIK tubuh makin berisi, pelakon Janna Nick membidas komen tersebut selain mendedahkan realiti sebenar keadaannya yang sedang ikhtiar untuk hamil.

Menurut Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 31, keutamaan hidupnya ketika ini bukanlah untuk menjaga kecantikan demi memuaskan hati orang lain, sebaliknya sedang berjuang demi sebuah misi peribadi.

“Hari lain, telan pil hormon lagi. Orang masih lagi nak cakap fasal bentuk badan orang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lantakkanlah kalian, matlamat saya bukan nak melawa sebab nak cari jantan atau nak jadi perempuan paling cantik.

“Saya ada misi lain yang saya tengah perjuangkan,” katanya dalam Threads.

Dalam pada itu, pelakon filem Pasal Kau! itu menitipkan kata-kata semangat buat wanita luar sana yang senasib dengannya, terutamanya mereka yang sedang berjuang melalui fasa rawatan kesuburan.

Semoga semua geng TTC (Trying To Conceive) terus kuat. Kita kuat,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, ramai yang mengkritik keadaan fizikal Janna dalam sebuah video temu bual bersama media.

Rata-rata menganggap Janna sudah hamil memandangkan ramai sedia maklum bahawa aktres itu sememangnya mahukan zuriat.

Sebelum ini, Janna pernah dikecam tentang isu perubahan bentuk badan dan menegaskan bentuk badan sepatutnya tidak dijadikan bahan kecaman kerana setiap wanita mempunyai pengalaman serta proses pemulihan berbeza selepas bergelar ibu.

Untuk info, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi, Kedah.

Sejak berkahwin Janna dan Dini tidak pernah merancang soal anak bahkan sering berharap segera dikurniakan cahaya mata.

Dia juga pernah menangis teresak-esak meminta agar orang ramai berhenti bertanyakan soal anak selain mendedahkan sudah setahun menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun gagal. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok