1
MESKI sudah seminggu melabuhkan tirai, cerita tentang Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) masih jadi bualan.
Selain perihal senarai pemenang, foto kemenangan beberapa penyanyi turut mencuri perhatian ramai dalam media sosial.
Menariknya, beberapa penyanyi bergambar dengan konsep yang sama iaitu tidur di atas katil bersebelahan trofi kemenangan masing-masing.
Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mimi Fly, Aisha Retno dan Hael Husaini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Konsep sebegitu dipuji selain menjadi trend bergambar baharu pengguna media sosial lain.
AIM25 menyaksikan Mimi menang besar dengan mengungguli lima kategori diikuti Siti menerusi empat trofi dan Aisha tiga kategori.

