4
SUSULAN dakwaan Saiful Apek ditahan oleh pihak berkuasa, pelawak Azlee bingung dengan khabar tersebut dan berusaha untuk mendapatkan kepastian.
Azlee atau nama lengkapnya Azlee Jaafar, 57, juga tidak tahu apa-apa berkaitan berita tergempar tentang rakan baiknya itu.
“Saya baru bangun tidur, saya tidak tahu apa-apa mengenai berita ini.
“Bagi saya siasat dahulu,” katanya ketika dihubungi HibGlam hari ini.
Hari ini, kecoh mengenai berita penahanan Apek ditahan dua anggota polis
Difahamkan, seorang individu mengirimkan foto kelibat Apek memakai baju berwarna merah jambu kepada sebuah portal.
Bagaimanapun, lokasi dan masa kejadian belum dikenalipasti. – HIBGLAM.