BIARPUN bergelar selebriti terkenal dan usahawan berjaya, pelawak popular, Shuib tidak kisah sertai aktiviti bersama penduduk flat PPR Kampung Baru Air Panas baru-baru ini anjuran jenama susu, Fernleaf.
Menerusi kempen Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi, Fernleaf memilih untuk turun padang bermula di PPR Kampung Baru Air Panas dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti permainan interaktif, demonstrasi masakan dan pertandingan memasak yang menggalakkan penyertaan seluruh komuniti.
Kehadiran Shuib menambahkan lagi kemeriahan program yang memberi kepada kebersamaan keluarga dan komuniti itu.
Flat PPR Kampung Baru Air Panas merupakan hentian pertama siri jelajah ini yang akan berlangsung selama tiga bulan di beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia sebelum kemuncaknya di Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur pada November nanti.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 42, dia berbesar hati untuk turut sama dalam kempen ini terutamanya untuk menyampaikan mesej kepentingan minum susu.
“Program sebegini memang dekat di hati saya. Saya Seorang peminum susu. Sejak kecil lagi saya suka minum susu. Sekarang anak-anak saya pun minum susu yang sama dengan saya waktu saya kecil dulu.
“Sejujurnya saya pun terkejut apabila lokasi majlis kita di PPR. Jadi saya ambil kesempatan untuk bawa anak saga iaitu Thalita untuk turut serta. Sebagai seorang ayah, program sebegini dapat mengajar anak saya untuk lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada.
“Kita boleh lihat komuniti di PPR ini juga sangat gembira apabila menyertai program sebegini. Biarpun ini hanyalah inisiatif kecil, tetapi dapat memberi senyuman kepada ramai orang,” katanya.
Lebih menarik, rakyat Malaysia boleh menyertai peraduan “Minum Fernleaf & Menang” dari 1 September hingga 31 Oktober 2026 dan berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah Proton e.MAS 5 Prime! – HIBGLAM
