PEMPENGARUH media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila berkongsi video berpakaian seksi.
Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, berkongsi videonya bermain dengan seekor kucing dengan pakaian seksi yang mendedahkan sebahagian besar kakinya.
Difahamkan video tersebut bertujuan mempromosikan jenama pakaian mewah yang menjadikan Ameera sebagai model.
Ruangan komen hantaran yang dimuat naik dalam Instagram itu dipenuhi dengan komen kecaman dan teguran buatnya.
Rata-rata netizen dilihat kesal dengan tindakan adik kepada Neelofa itu kerana tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.
“Allahuakbar. Kenapa sampai macam ni? Bulan puasa ni. Tak reti hormat bulan Ramadan ke?
“Janganlah pakai pakaian yang seksi. Lepas bulan puasa, nak pakai apa pun pakailah,” komen netizen.
Sebelum ini Ameera pernah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi momen terlebih mesra dengan kekasih hati, Jefri Nichol yang merupakan pelakon terkenal dari Indonesia. – HIBGLAM