BELUM sempat reda kontroversi fesyen apabila tampil berbaju tanpa seluar di Kuala Lumpur Fesyen Week 2026, nama Leona itu kembali menjadi bualan netizen.
Kali ini, perkongsian video memaparkan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu mengenakan pakaian dengan bahagian dada terbuka sehingga menampakkan lurah yang mengundang pelbagai reaksi.
Seperti sudah dijangka, ruangan komen segera bertukar menjadi medan kecaman. Ada menyifatkan pemakaian tersebut keterlaluan, manakala segelintir netizen turut mempersoalkan peranan Azhar sebagai seorang bapa kerana dianggap tidak menegur penampilan anak.
Diva malas hendak menjadi polis fesyen, tetapi kalau sudah tahu setiap perkongsian akan ditonton ribuan mata, sedikit pertimbangan tidak salah.
Betul, tubuh sendiri dan pilihan pakaian juga hak individu, tetapi kebebasan datang bersama tanggungjawab.
Leona masih muda, jadi belajar daripada setiap teguran dan jangan biarkan kontroversi pakaian menenggelamkan perkara lebih besar tentang bakat serta masa depan.
DIVA: Status legenda belum tentu mampu jualan tiket konsert ‘sold out’. Peminat sekarang makin cerewet, bukan jual nama, persembahan pun mesti berbaloi!
