Tak pernah sunyi, Ameera Khan mengundang lagi

NAMA Ameera Khan memang tak pernah sunyi daripada terpalit cerita sensasi. Adakalanya namanya jadi sensasi sebab mulut orang tetapi ada juga disebabkan konten media sosial sendiri.

Terbaharu, Ameera sekali lagi menjadi lubuk kecaman ramai apabila memuat naik foto memakai busana yang bagi Diva mencolok mata.

Bahagian dada yang  agak terdedah, pastinya akan menjadi tumpuan dan dibanjiri dengan komen nakal golongan lelaki.

Dalam ruangan komen ramai yang memuji kecantikan Ameera, namun tetap tidak pernah serik memuat naik foto dengan pakaian yang boleh mengundang kecaman.

Satu hal yang Diva perhatikan, masih ramai yang menyeru bekas kekasihnya, Jefri Nichol dalam ruangan komen. Nampaknya ramai yang belum ‘move on’ ya.

Apa pun, kepada yang asyik kecam Ameera, mungkin boleh ‘unfollow’ akaun media sosialnya daripada terus buat dosa menulis komen negatif.

DIVA: Tak sabar nak tengok filem Terbang, dengarnya kualiti setaraf naskhah antarabangsa.


Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok