Jennifer Aniston kekasih gelap Obama?

DUNIA hiburan Hollywood panas dengan spekulasi liar hubungan sulit aktres Jennifer Aniston dan mantan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Menghangatkan lagi keadaan apabila isteri tokoh politik berpengaruh itu, Michelle Obama tidak menghadiri acara rasmi disebabkan khabar angin tersebut.

Memilih untuk berdiam saat isu itu mula diperkatakan, Aniston akhirnya membuka mulut kerana tidak sampai hati melihat tekanan dilalui Michelle, 61.

Menurut sumber, pelakon siri popular Friends itu menegaskan tidak tahu punca tercetusnya gosip berkenaan kerana hanya terserempak dengan Obama dalam beberapa majlis. Itu tidak bermakna mereka bertegur sapa apatah lagi menjalin hubungan intim seperti didakwa.

Kata sumber itu lagi, sebelum ini Aniston enggan memberikan respons terhadap mana-mana gosip, namun apabila dikaitkan dengan Obama dia tampil membuat pencerahan demi menghentikan tuduhan liar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok