‘Jangan bercakap ketika makan? Itu agenda kafir’

SELALUNYA, orang ramai sering dimomokkan dengan kepercayaan bahawa tidak digalakkan bercakap ketika makan.

Namun, sebaliknya yang dijelaskan oleh Zahiril Adzim baru-baru ini apabila ada netizen yang menegurnya supaya tidak bercakap ketika mengunyah makanan.

“Selama ini, kita dimomokkan supaya bila makan jangan bercakap, itu semua kafir punya agenda,” katanya.

Penjelasan itu turut diakui penceramah bebas, Dr. Rozaimi Ramle.

Katanya, terdapat hadis daripada Rasulullah SAW yang membolehkan perbuatan bercakap ketika makan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok