PEMPENGARUH media sosial terkenal, Ameera Khan telah membuat kejutan dengan membawa kekasihnya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol ke sebuah acara di Kuala Lumpur.
Pasangan sama cantik sama padan itu dilihat telah hadir ke majlis pembukaan butik baharu jenama antarabangsa, Dior yang bertempat di pusat beli-belah terkemuka, The Gardens.
Dalam sebuah video yang dikongsikan akaun rasmi Instagram sebuah majalah fesyen, kelihatan Ameera dan Jefri sangat mesra dan asyik berpegangan tangan.
Malah mereka tidak melepaskan tangan meski adik kepada usahawan selebriti Noor Neelofa itu sedang menyapa dan memeluk tetamu lain.
Seperti biasa netizen melontarkan pelbagai reaksi terhadap pasangan merpati dua sejoli itu. Ada yang tersenyum melihat aksi romantis Ameera dan Jefri malah tidak kurang juga meluahkan rasa kurang senang melihat perilaku intim mereka.
Terpaling bahagia. Belum halal dah pegang-pegang, raba-raba, gosok-gosok, usap-usap,” komen netizen.
Disebabkan dilihat terlampau mesra, netizen turut mencadangkan pasangan yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran bersama itu agar cepat menghalalkan hubungan dengan melangsungkan pernikahan. – HIBGLAM