‘Apa jadi dengan ‘hubbylove’ yang saya kenal?’

DIGELAR Mak Lampir dan didakwa ‘sakau’ wang sumbangan, isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berjanji pada diri sendiri enggan mengaibkan lelaki yang masih bergelar suami sendiri biarpun dilemparkan pelbagai tuduhan.

Afreena sebaliknya memilih reda berdepan tohmahan daripada insan yang masih disayanginya itu malah dia tidak akan sesekali memulangkan paku buah keras membalas serangan buruk dengan cara serupa atau memalukan pihak lain.

“Tidak mengapa, awak boleh dedahkan apa sahaja kenyataan yang awak mahu. Awak masih lagi suami saya.

Saya tidak akan aibkan awak tanpa mengira apa berlaku atau fitnah yang awak buat.

“Siapa tak sayang suami kan,” katanya dalam perkongsian menerusi InstaStory.

Pada masa sama, wanita berusia 32 tahun itu juga meluahkan rasa terkejut dengan tuduhan yang keluar daripada mulut teman hidupnya itu.

Menurut Afreena, Along seolah-olah sudah berubah sikap dan bukan lagi lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini.

Mak Lampir, scammer RM100,000? Curang? Sekat keluarga? Apa lagi?

“Apa jadi dengan ‘hubbylove’ suami saya kerana saya tahu awak tidak macam ini. Terima kasih suami atas segala-galanya,” ujarnya.

Kelmarin Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, mendakwa Afreena menyeleweng dana sumbangan orang ramai termasuk rakan artis berjumlah hampir RM100,000.

Dakwaan dibuat pelakon filem Adnan Semp-it itu sehari selepas Mahkamah Sesyen Sepang melepaskan tanpa membebaskannya (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah yang disyaki kanabis.

Susulan tuduhan dilemparkan, Afreena membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mendakwa dia menjadi mangsa penipuan seorang wanita dikenali sebagai lka.

Ibu kepada tiga anak itu mendakwa menyerahkan wang sebanyak RM95,180 kepada wanita terbabit bagi membantu Along yang ketika itu berada dalam tahanan.

Pasangan yang pernah sama-sama melalui kegagalan dalam perkahwinan mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024.

Begitupun, Along memfailkan cerai secara lafaz taklik disebabkan wanita itu sudah melanggar perjanjian taklik yang dipersetujui mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok