Pernah dicurangi, pengalaman mengajar pelakon sensasi Zarina Anjoulie untuk tidak bergaduh sesama wanita demi berebut cinta seorang lelaki.
Kata Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, dia bukan individu yang sanggup merendahkan harga diri unuk berbuat sedemikian.
Saya bukan jenis yang suka bergaduh dengan perempuan lain kerana berebut jantan. Kalau boleh ambil, kau ambillah.
“Jika dia milik awak, dia akan jaga batas pergaulan dengan wanita lain. Itu sahaja,” katanya dalam satu temu bual audio siar, baru-baru ini.
Zarina yang mesra disapa Anju turut mendedahkan kisah cintanya yang tidak berkesudahan apabila lelaki yang dikasihi menghamilkan wanita lain ketika masih bersamanya.
Akui pelakon drama Curang Tanpa Niat itu, lebih teruk apabila kekasihnya itu enggan bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut.
Memang saya ada pengalaman dicurangi, tetapi panjang ceritanya. Dia mengandungkan perempuan itu, dia tak nak bayar.
“Kemudian, perempuan itu hubungi saya, dia DM (mesej langsung). Lepas tu dia tak nak juga kat engkau kan?
“Dia dengan engkau sekarang tak? Tidak bukan? Sia-sia engkau mengandungkan anak dia,” ujarnya lagi.
Sebelum ini ibu tunggal anak satu itu pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki asal Brunei pada 2015, namun mereka berpisah setahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia tujuh tahun.
Zarina kemudian berkahwin dengan Eliyas Azhar pada 2017 Julai 2020 tetapi ikatan mereka terlerai pada 2 Mei 2021.
Selepas hidup sendiri, dia kemudian menjalin hubungan baharu namun semuanya menemui noktah. –HIBGLAM