[VIDEO] ‘Saya bahagia, apa orang nak kata itu urusan mereka’

“Bukan nak riak, tapi saya lebih tenang sekarang.”

Itu respons pelakon popular Nur Fazura sewaktu ditanya tentang keadaannya selepas lebih sebulan bercerai dengan Fattah Amin.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, dia mengambil pendekatan untuk menyerahkan segala urusan kepada yang Maha Esa biarpun berhadapan dengan detik-detik sukar dalam hidupnya.

“Sejujurnya saya lebih tenang dan lebih bahagia. Alhamdulillah. Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT. Apa yang orang nak kata itu urusan mereka. Urusan saya, antara saya dengan Allah swt. Itu sahaja. Saya okey. Saya tenang. Alhamdulillah,” katanya kepada HibGlam.

Fazura ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini bagi urusan tuntutan hadanah anaknya bersama bekas suami iaitu Nur Fatima Aisya, 4.

Fazura dan Fattah masing-masing telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan sepenuhnya Fatima kepada Fazura selaku ibu. Fattah pula mendapat hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan pada hujung minggu dari hari Jumaat sehingga Ahad.

Terdahulu Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup bersama. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok