REZEKI datang dengan pelbagai cara, itu yang berlaku kepada pelawak Shuib apabila dapat mencium batu Multazam semasa menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Menurut Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 40, ibadah umrah kali ini berbeza berbanding pemergian ke Tanah Suci sebelum ini.
“Subhanallah, alhamdulillah dan Allahuakhbar. Diizinkan lagi untuk memeluk dan mengucup batu Multazam.
“Ibadah umrah kali ini cukup berbeza suasananya.
“Aku datang dengan penuh harapan dan doa untuk mengadu kasih padaMu,” katanya dalam hantaran TikTok.
Difahamkan, batu Multazam merupakan antara tempat paling mustajab untuk berdoa bagi orang Islam.
Dalam masa sama, bekas ahli kumpulan Sepah itu turut memanjatkan doa agar Allah memakbulkan segala permintaannya walaupun sering berbuat kesalahan.
“Ya Allah, terlalu banyak masalah dan kesempitan yang dilalui dan aku terlalu banyak dosa.
“Ampunkan aku Ya Allah, makbulkanlah segala doa-doaku,” mohonnya.
Perkongsian itu mengundang sebak netizen yang menyifatkan pelawak terbabit sangat beruntung menjadi insan terpilih mencium batu Multazam.
“Allahuakhbar, bukan mudah nak peluk multazam. Rezeki Shuib, semoga dimakbulkan segala doa,” kata peminat.
“Memang Allah pilih awak Shuib. Allahuakhbar, memang rezeki,” ujar pengikut.
“Bukan mudah untuk sampai ke situ. Mashaallah, Shuib diizinkan,” tutur netizen.
Minggu lalu, Shuib berangkat mengerjakan umrah ke Mekah bersama anak-anak dan isterinya, Watie Hanifiah.
Pada masa sama dia juga memohon maaf kepada orang ramai atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan. – HIBGLAM