118
NAMA penyanyi rap San E hangat diperkatakan apabila didakwa menyerang seorang pejalan kaki.
Menurut Balai Polis Seoul Mapo, pemilik nama lengkap Jung San itu ditahan atas tuduhan melakukan serangan sehingga menyebabkan kecederaan.
Penyanyi berusia 39 tahun itu didakwa menyerang individu dikenali sebagai Mr. A pada 28 Julai lalu kira-kira pukul 8.30 malam berhampiran pintu masuk sebuah taman di Mapo-gu Seoul.
Dilaporkan, Jung memberitahu Mr. A supaya menolak basikal dengan betul dan kemudian menggunakan telefonnya untuk menyerang mangsa.
Mr. A mendakwa mukanya cedera berhampiran mata dan beberapa giginya rosak akibat pergaduhan tersebut.
Polis memaklumkan siasatan lanjut diperlukan untuk menyelesaikan konflik berkenaan. – HIBGLAM