PAPA mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi.”
Demikian pendedahan anak angkat Jaafar Onn iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim mengenai punca kematian artis versatil itu ketika menjalani prosedur endoskopi, pagi tadi.
Ujar Hanif, doktor sudah memaklumkan prosedur tersebut berisiko tinggi disebabkan jantung arwah ketika itu lemah.
“Pagi tadi papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor ada beritahu prosedur terbabit berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan.
Kadar degupan jantung papa tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 dan ketika prosedur itu berlangsung papa mengalami serangan jantung serta disahkan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” ujarnya sebak.
Menurut Hanif lagi, pada mulanya arwah pergi ke klinik disebabkan mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.
Ketika itu kata Hanif, doktor memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang terlalu lama.
Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kelmarin dan dalam masa sama dia membuang air besar berdarah, Pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti.
“ pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil. Ikutkan memang dah lama papa ambil ubat itu, sebelum saya jaga dia lagi.
Ubat tahan sakit itu dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung yang menyebabkan kakinya bengkak.
“ berdarah itu pula mungkin disebabkan ulser dalam perut. Patutnya Februari ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Waktu itu, arwah rasa pembuangan dia sudah baik,” ujarnya ketika ditemui di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.
Difahamkan, jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor, hari ini. – HIBGLAM