HANTARAN dalam aplikasi X mengenai kesihatan mental tidak wajar dijadikan punca utama seseorang melakukan perkara tidak sepatutnya ketika di bawah pengaruh dadah yang dimuat naik pelakon jelita Izara Aisyah menuai perhatian ramai.
Meski ramai bersetuju dengan pandangan itu, pemilik nama penuh penuh Izara Aishah Hisham, 31, itu teruk dikecam apabila ada segelintir individu memberitahu ketagihan juga merupakan sebahagian daripada penyakit mental.
Sebarang penyakit mental tidak ‘sah’ sekiranya anda sedang khayal,” katanya ringkas.
Dia juga tidak menyatakan secara spesifik sama ada perkongsian tersebut mengenai mana-mana individu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam masa sama, terdapat juga segelintir pengguna aplikasi X menggelar bintang drama Jodoh-Jodoh Annisa itu tidak bijak kerana masih berdegil dan mempertahankan pendapat tersebut.
Segelintir golongan muda menggelar saya bodoh dan memberitahu ketagihan juga merupakan penyakit mental, okey sayang.
“Ketagihlah pada jenis bahan terlarang lain okey, hidup anda adalah pilihan sendiri tetapi jangan sesekali menolak sebarang bantuan.
Anda tidak selalunya betul dan tolong jangan terlibat dengan methamphetamine (jenis dadah),” ujarnya.
Sejak beberapa hari lalu, media sosial dibanjiri dengan nama aktres Fatiya Latiff yang tiba-tiba mencetuskan provokasi terhadap pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.
Dia turut menggelar Zahirah sebagai bibik dan memuat naik foto lamanya bersama Aiman yang juga bekas kekasihnya ketika sedang hangat bercinta sebelum ini.
Perubahan sikap Fatiya yang mendadak itu meraih pelbagai pendapat seperti masalah kesihatan mental iaitu kecelaruan bipolar. – HIBGLAM