KELIHATAN tidak bermaya seperti orang sakit, anggota kumpulan Shinhwa, Eric mengakui tahap kesihatannya di paras membimbangkan.
Begitupun, penyanyi berbakat itu enggan menceritakan lebih lanjut tentang penyakit yang dihidapinya sebaliknya memohon doa daripada peminat.
“Saya okey sahaja tetapi saya perlu akui, kondisi kesihatan saya tidak begitu baik. Kalian jangan risau, doakan sahaja yang terbaik.
“Keperluan saya ketika ini adalah kata-kata semangat daripada kalian, janganlah membuat andaian bukan-bukan sebaliknya teruskan berdoa yang terbaik buat saya” ujarnya.
Eric terkenal dengan penampilan kacak dan maskulin sejak dari awal kemunculan dalam industri, namun penampilannya baru-baru ini menerusi sebuah foto yang dimuat naik dalam media sosial mengejutkan peminat yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Oppa (abang) kelihatan seperti sakit, berbeza sekali wajah dengan sebelum ini. Kelihatan seperti mayat hidup yang tidak berdaya,” demikian komen seorang netizen. – HIBGLAM