Lesap RM7,600, Ika Nabella buru ‘Siti Aishah Remlee’

HASRAT pelakon Ika Nabella memakai beg tangan baharu tidak kesampaian apabila ditipu seorang pembeli peribadi (personal shopper) sehingga mengalami kerugina bernilai RM7,600.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, difahamkan pelakon berusia 34 tahun itu telah berurusan dengan wanita tersebut untuk membeli sebuah beg tangan berjenama Bottega Veneta dan telah melakukan transaksi pada 2 Ogos lalu.

Ada sesiapa pernah berurusan dengan wanita ini? Laporan polis telah dibuat semalam dan saya sedang berusaha menjejaki si bodoh ini.

“Suka hati scam (tipu) duit orang ya Siti Aishah Remlee. Selepas itu diam,” Kongsi Ika.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ika Nabella (@ikanabella)

Menurut pelakon yang pernah membintangi drama Bahagia Bukan Bidaan itu lagi, dia hanya menyedari telah ditipu selepas hantaran WhatsApp yang dikirimkan kepada wanita terbabit tidak dibalas, bahkan akaun Instagram miliknya tidak lagi wujud.

Bila saya mesej (DM), pandai pula tutup Instagram. Pengikut bukan main ramai, rupa-rupanya penipu.

“Alasan saya beli dengan ‘mangkuk hayun’ ini sebab dia ada stok beg yang saya mahukan itu dan kami berurusan pada saat akhir. Perkongsian ini bertujuan untuk kesedaran supaya tiada pengikut saya yang kena tipu,” tulis Ika.

Dalam ruangan komen, perkongsian Ika turut menarik perhatian rakan artis yang meninggalkan nasihat supaya lebih berhati-hati agar tidak terpedaya dengan penipuan.

Malah, pelakon Faezah Elai turut memberitahu mengenali individu tersebut dan pernah berkongsi tentang penipuan yang dilakukan.

Dia memang scammer! Aku pernah kongsi pasal dia dulu,” ujar Faezah.

“Jangan sesekali beli dengan pembeli peribadi yang tidak dikenali. Lain kali hati-hati okay,” ujar pelakon Ruhainies.

“Hati-hati sayang. Zaman sekarang memang ramai penipu,” kata pelakon Datin Elvina Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok