[VIDEO] Mimi Peri teruja tengok KLCC, pertama kali ke luar negara

PEMPENGARUH media sosial terkenal, Mimi Peri tidak menyangka impian melihat Menara Berkembar Petronas (KLCC) tertunai apabila berkunjung ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan filem lakonannya, Mat Tudung Begins.

Malahan, Mimi atau nama sebenarnya, Ahmad Jaelani, 35, terkejut apabila dia dikenali dan diserbu peminat dari Malaysia yang ingin bergambar ketika berada di KLCC.

Tidak sangka ya, selama ini saya hanya melihat KLCC di televisyen atau pun media sahaja, kali ini saya benar-benar datang dan bergambar di KLCC. Memang sudah lama saya memasang impian untuk melihatnya dengan mata sendiri.

“Alhamdulillah, impian itu tertunai apabila Datuk Fizz Fairuz membawa saya ke sini. Terima kasih sangat,” ujarnya.

Selain itu, Mimi mengakui kerana promosi filem Mat Tudung Begins di Malaysia dia buat julung kalinya dapat ke luar negara.

“Saya tidak pernah memiliki pasport, jadi apabila mahu ke sini (Malaysia) Datuk Fizz meminta saya buat passport. Tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan saya apabila diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Saya tidak boleh tidur lena selama sebulan kerana memikirkan bagaimana penerimaan orang Malaysia. Saya pula tidak pernah ke luar negara.

“Ibu pesan agar saya berhati-hati sepanjang di sini. Tidak sangka saya dapat berlakon filem di Malaysia, impian saya menjadi pelakon termakbul,” kata Mimi menahan sebak.

Mimi yang popular dengan tagline ‘Sahur’ bersyukur dirinya diterima ramai meskipun hanya berbekalkan kandungan mencuit hati.

Biarpun pernah dikecam terutama kerana rupa parasnya, Mimi tidak kisah kerana niatnya hanya mahu menghiburkan orang ramai.

Dengan wajah yang begini juga sudah dapat berlakon filem di Malaysia, buat apa saya ubah ciptaan Allah. Sebagai Mimi Peri inilah watak saya, tetapi di luar saya adalah lelaki, Ahmad Jaelani,” tutur Mimi seraya ketawa.

Mimi membawakan watak penasihat kepada Johari dan Sabri yang bekerja di sebuah hotel. Mereka berdua cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada juri The Forbest yang bakal menilai prestasi hotel mereka.

Selain Mimi, filem Mat Tudung turut dibintangi Fizz Fairuzm Achey, Isyariana dan Kaza dan Maryam Durian Kimchi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok