Anggota kumpulan iKON, Kim Jin-hwan mendedahkan bakal menjadi ahli pertama dalam kumpulannya yang akan memulakan latihan ketenteraan.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi tampan itu sendiri menerusi hantaran istimewa dalam media sosial miliknya buat peminat.
“Saya memutuskan untuk menulis hantaran ini kerana saya rasa perlu memberitahu kalian (peminat) dahulu, sebelum orang lain. Saya akan memulakan latihan ketenteraan pada 20 Julai nanti.
Sebenarnya, saya berasa sedih kerana masih banyak lagi projek yang saya ingin tunjukkan kepada kalian.
“Saya berjanji akan melaksanakan tugas saya dengan tekun, kuatkan diri dan semoga sihat-sihat selalu sepanjang ketiadaan saya. Terima kasih kerana sentiasa menggembirakan dan menyokong saya, saya sayang awak semua!,” luahnya.
Pemberitahuan tersebut disambut baik seluruh peminat, rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat bintang pujaan hati mereka.
“Tidak mengapa oppa (abang), kami akan sentiasa menyokong awak hingga ke akhir hayat.
“Teruskan berjuang untuk negara dan kembalilah menyinar selepas itu nanti,” demikian komen peminat tersebut.