ISTERI pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof selamat melahirkan anak sulung mereka di Hospital Glenegles, Kuala Lumpur pada pukul 11.17 pagi tadi.
Perkhabaran gembira itu dikongsi bintang utama drama Ombak Rindu terbabit di Instagram Story sebagai tanda kesyukuran atas doa orang ramai.
Alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
“Isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah,” katanya.
Begitupun, aktor berusia 41 tahun itu tidak mendedahkan jantina bayi mereka.
Sebelum ini pasangan terbabit memaklumkan bakal menimang cahaya mata ketika kandungan isterinya memasuki usia lima bulan.
Remy atau Mohammad Zalimei Ishak dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta. – HIBGLAM