PADAM foto dalam Instagram, putus cinta palsu. Semua itu antara gimik yang pernah dilakukan Nabila Razali setiap kali hendak melancarkan lagu sebelum ini.
Kini, dia sekali lagi dikatakan mengulang taktik sama apabila bertindak menutup ruangan komen dan muat naik perkara-perkara memberi bayangan patah hati.
Kata netizen, mereka sudah seperti dapat bau unsur-unsur gimik dalam beberapa hantaran Instagram Nabila.
“Kerap muat naik seperti sedang bersedih, mesti nak keluar dengan lagu baru.
“Ini semua gimik, kami tidak akan tertipu lagi!” komen segelintir netizen.
Diva kalau boleh, tak mahulah terus melemparkan tuduhan tetapi ada benar apa yang netizen katakan.
Ramai yang sudah lali dengan cara klise Nabila itu hingga ada juga naik bosan.
Kalau betul keluar lagu baharu, selamat maju jaya ya.