“MELUAT tengok dua-dua, sejenis bermasalah.”

Demikian antara komen pedas netizen selepas pelakon Noreen Iman berkongsi video bersama Ruhainies.

Dalam video tersebut, Noreen tampil berhijab, manakala Ruhainies pula lengkap berpurdah, namun penampilan itu tidak menerima reaksi seperti diharapkan apabila netizen merasakan kandungan tersebut seolah-olah mempermainkan simbol keagamaan.

Apatah lagi tudung Noreen baru sahaja ‘terbang’ selepas sekitar dua tahun berhijab, manakala Ruhainies pula masih dibayangi kontroversi terdahulu.

Lantas apa sahaja perkongsian mudah menjadi sasaran apabila kedua-duanya sememangnya dibenci netizen.

“Berhenti mempermainkan agama. Kalau benar mahu berubah, berubah dengan bersungguh-sungguh,” tulis seorang netizen.

Ada turut menegur penggunaan niqab untuk kandungan media sosial, terutama jika dipakai sekadar bahan gurauan.

Apa pun, satu je pesan Diva, Noreen dan Ruhainies juga manusia biasa.

Kalau tidak setuju, tegur dengan beradab dan doakan mereka menjadi lebih baik.

DIVA: Kecut perut netizen apabila Biduanita Negara beri bayangan mahu dedahkan siapa di sebalik akaun media sosial gemar menabur kebencian padanya. Jangan sampai nama samaran terbuka!

caption

NOREEN dan Ruhainies dituduh permainkan agama.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok