400
NETIZEN meluahkan rasa kurang senang dengan pelancaran album terbaharu penyanyi Choi Ye-na berjudul Hate Rodrigo.
Hal tersebut kerana album itu dikatakan meniru konsep dan video muzik penyanyi antarabangsa, Olivia Rodrigo berjudul Sour.
Menerusi nama album, peminat merasakan perbuatan Ye-na menghasilkan album tersebut adalah untuk merendahkan Olivia semata-mata.
“Meskipun umur mereka hampir sama, tetapi wajarkah Ye-na melakukan tindakan keterlaluan menunjukkan kebencian terhadap artis antarabangsa itu?,” soal netizen.