Jaga kata-kata anda wahai manusia – Kakak Umisya Mazlan

Umisya pun sedih. Dia sendiri ziarah, mandikan, solatkan jenazah arwah bayi Marissa.”

Demikian penjelasan kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan iaitu Ursella Mazlan yang memaklumkan adiknya turut berdukacita dengan pemergian bayi pramatang madunya, Marissa Dania Hakim.

Ursella turut mendedahkan adiknya juga membantu menguruskan jenazah anak sulung madunya.

“Salam takziah kepada M (Marissa) dan keluarga. Berita ini memang kami sudah tahu selepas acara yang dikeluarkan media beberapa hari lepas, di mana wartawan ada bertanyakan soal kehamilan kepada mereka berdua.

Adik kami (Umisya), sendiri datang ziarah jenazah, mandikan dan solatkan juga arwah bayi M.

“Adik kami tidak seronok malah apa yang dikeluarkan dari mulutnya adalah ‘ini semua ujian yang Allah aturkan untuk kita’,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Perkongsian tersebut dimuat naik selepas timbul dakwaan Umisya bergembira dengan kehilangan zuriat pertama Marissa dan Aslam ketika kandungan baharu memasuki bulan keenam, minggu lalu.

Ursella turut menyatakan bahawa adiknya lebih terkesan dengan kehilangan bayi itu memandangkan dia kini hamil anak ketiga.

Adik turut bersedih dan terkejut tentang berita kematian bayi M kerana adik kami juga ibu dan sekarang pun tengah berbadan dua.

“Jadi, sila jaga emosi adik saya. Jaga kata-kata anda wahai manusia,” ujarnya.

Semalam, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu dilaporkan kehilangan bayi sulungnya yang dilahirkan pramatang.

Terdahulu, ketika diundang ke majlis pelancaran sebuah produk pasangan terbabit tetap mengunci mulut ketika diminta mengesahkan khabar Marissa hamil.

Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok