‘Saya tak kisah pakai baju murah, artis pun manusia biasa’

Pelakon Fasha Sandha tidak berasa malu untuk mengakui memakai baju berharga RM19 yang dikongsi dalam media sosial sehingga menjadi bualan netizen baru-baru ini.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan, 40, itu, dia tidak kisah untuk memakai baju berharga murah selagi berkualiti, selesa dan cantik apabila digayakan.

Saya tak sangka video tentang baju itu tular. Sebenarnya dalam video itu saya borak dengan kawan dan dia tanya baju berwarna jingga itu cantik dan beli di mana. Saya hanya jawab beli menerusi online pada harga RM19 sahaja.

“Saya tidak kisah pun pakai baju murah, artis pun manusia biasa juga dan tiada beza pun dengan orang biasa. Lagi pula, baju itu berkualiti tau,” katanya.

Tambahnya, dia juga bukan seorang yang terlalu mementingkan harga sesuatu barang, sebaliknya lebih menitikberatkan kualiti.

“Saya seorang yang tidak kisah tentang jenama, asalkan cantik dan nampak berkualiti, saya akan beli.

“Kerja saya sebagai artis memang banyak kena pakai baju, jadi tak boleh nak beli mahal-mahal sangat. Sebenarnya ramai saja artis yang pakai baju biasa.

“Cuma mungkin mereka tidak beritahu. Macam saya, tidak kisah dan tak malu pun nak beritahu,” ujarnya.

Terdahulu, sepotong video memperlihatkan Fasha mengenakan baju berona jingga yang dibeli atas talian dengan harga RM19 tular sehingga meraih pelbagai reaksi dan pujian netizenz.

Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri dan tidak menyangka selebriti popular sepertinya turut membeli pakaian murah secara online. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok