Leona latih kembar jadi pempengaruh pula

MAHU abang dikenali ramai seperti dirinya, pempengaruh Kasih Iris Leona berazam untuk menjadikan kembarnya itu sebagai pensohor media sosial dalam tempoh dua bulan.

Bagaikan langit dengan bumi, Leona, 24, berkata personaliti abangnya iaitu Andika Rees Pahamin sangat berbeza disebabkan dia seorang yang introvert.

“Kembar saya tak aktif dalam media sosial sebab dia agak pemalu orangnya.

Tapi saya dah cakap dekat dia yang saya nak latih dia jadi seorang ‘influencer’.

“Jadi sepanjang tempoh dua bulan ini dia kena ikut saja semua benda yang saya buat,” katanya menerusi program audio siar berjudul MyAudioPlus.

Meskipun kembar, Leona yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu mendedahkan abangnya mempunyai personaliti lemah lembut, sopan selain jauh lebih baik daripada dirinya.

“Saya rasa ramai tak tahu kewujudan dia, jadi saya nak kenalkan dia kepada semua orah.

Karakter abang saya lagi baik daripada saya. Dia seorang yang lemah lembut dan pemalu, tak macam saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Leona menjadi bualan netizen apabila tular pelbagai video memaparkan gelagatnya yang kurang fasih berbahasa Melayu.

Dia juga meraih pujian apabila tampil bersuara mengenai pendidikan sangat penting bagi generasi muda ketika ramai berpendapat ilmu tidak lagi menjadi prioriti. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok