Hebat! Siti Nurhaliza beli Range Rover Autobiography

REZEKI anak-anak, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza teruja apabila usaha jitu membolehkannya memiliki kenderaan idaman Range Rover Autobiography rona hitam.

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik video menaiki kereta berkenaan bersama permata hatinya, Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3.

“Alhamdullillah impian saya untuk memiliki Range Rover terbaharu jadi kenyataan dengan usaha.
Ini rezeki anak-anak saya,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Selain bersama anak-anak, Siti turut merakamkan gambar di hadapan jentera utiliti sukan mewah itu
bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Hantaran penyanyi nombor satu negara itu meraih perhatian peminat yang rata-ratanya berbangga dengan kejayaan anak seni kesayangan mereka.

Dalam ruangan komen ramai teruja melihat Siti memandu sendiri kereta, bahkan ada yang menawarkan diri menjadi pemandu peribadinya.

Ada dalam kalangan netizen turut mengakui perkongsian penghibur merangkap usahawan berjaya itu tidak dilihat sebagai menunjuk-nunjuk, sebaliknya sekadar berkongsi kegembiraan.

“Tokti (Siti) sahaja yang kalau tunjuk-tunjuk begini kami boleh terima. Kalau orang lain kita ‘claim’ riak,” kata netizen.

“Alhamdulillah, rezeki Aafiyah dan Afwa. Kerja keras Tokti,” tulis pengikut media sosialnya.

Menerusi carian HibGlam, harga semasa bagi Range Rover Autobiography seperti dimiliki Siti dianggarkan sekitar RM2.6 juta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok