Fazley ‘redah’ 2km bawa air tauhu demi insan tersayang

ORANG kata, bila sudah cinta, semuanya akan terasa indah meski perlu berjalan kaki sejauh 2 kilometer (km) untuk ke kediaman insan tercinta dan itu yang dilakukan Datuk Fazley Yaakob sebelum ini.

Menurut Fazley, 48, antara perkara ‘gila’ lain yang dilakukan adalah menaiki kereta api dari Kuala Lumpur sebelum menumpang kereta individu tidak dikenali hanya untuk ke rumah insan tercinta itu di Ipoh, Perak.

“Naik kereta api dari Kuala Lumpur ke Ipoh tetapi bateri telefon habis.

“Jadi, saya tahan kereta untuk tumpang, pergi beli air tauhu (soya) dan taufufa sebanyak 10 botol setiap satu.

“Kemudian tahan dan tumpang lagi kereta lain. Berhenti di masjid dan solat,” katanya dalam satu hantaran Treads.

Tidak terhenti di situ, perjalanannya diteruskan dengan kerelaannya berjalan kaki dengan membawa semua air tauhu yang dibelinya ke kediaman individu tersebut.

“Selepas itu berjalan kaki tengah panas sejauh 2km membawa air tauhu.

“Tunggu depan pagar selama 60 minit untuk si dia selesai solat dan buka pintu, katanya lagi.

Meski tidak menyebut nama, rata-rata netizen mula menebak insan tercinta yang dimaksudkan Fazley ialah usahawan, Datuk Seri Vida yang menetap di Ipoh.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk memuji kesungguhan bapa kepada empat orang cahaya mata itu untuk bertemu individu yang dicintainya.

“Mungkin usaha sebegitu yang buat Vida lagi bertambah sayang kerana sanggup berpanas untuk bertemu dengannya.

“Bila Vida bahagia, wanita satu dunia pun tumpang sama. Tolong jangan kecewakan dia dan kalau tak kahwin, siap!” usik netizen.

Ketika ini, hubungan Fazley dan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman ,54, bukan lagi rahsia.

Malah pasangan ini secara terbuka berkongsi momen mesra mereka bersama dalam media sosial mahupun di acara hiburan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok