Bertuah Taylor Swift, suami belikan banglo RM22 juta

IMPIAN pasangan sensasi, Taylor Swift dan Travis Kelce menikmati kehidupan berkeluarga direalisasikan apabila mereka membeli sebuah banglo mewah di tepi tasik di Bratenahl, Ohio, Amerika Syarikat berharga RM22 juta.

Rumah agam itu dibeli Kelce sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal itu sekali gus hadiah buat permulaan kehidupan mereka.

Pembelian tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat sama ada mereka akan menjadikan New York sebagai kediaman utama atau menetap di Kansas City tempat pasukan pemain American football itu.

Foto kediaman mewah itu kemudian tular di media sosial, malah Swifties iaitu peminat tegar Swift tidak melepaskan peluang untuk membayangkan kehidupan baharu di rumah tersebut.

Kediaman mewah di kawasan Cleveland itu kini menjadi antara perhatian utama peminat selepas pasangan tersebut memasuki fasa baharu sebagai suami isteri.

Begitupun, wakil pasangan berkenaan tidak membalas sebarang spekulasi yang kini hangat diperkatakan itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok