Ambil masa rawat hati, jangan tergesa-gesa – Amelia Christie

SAYA masih ‘single’ dan tak terfikir pun mahu jalin hubungan cinta dengan sesiapa.”

DEMIKIAN kata pelakon Amelia Christie yang belum bersedia mencari pangganti selepas dikatakan putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad.

Ujar Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Christie Lim, 24, buat masa sekarang, dia lebih selesa sendirian selain mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya seninya.

“Soalan yang banyak juga orang tanya saya. Tidak, saya tidak ada teman lelaki buat masa ini. Saya  tak mahu pun,” katanya sewaktu memberi respons kepada pengikut pada sesi soal jawab dalam Instagram.

Pelakon drama rantaian, 7 Hari Mencintaimu 2 itu, turut berkongsi tip merawat emosi daripada kegagalan cinta lama.

Menurutnya, meneruskan kehidupan selepas berpisah adalah mengikut cara masing-masing, selain tiada tempoh masa yang tetap.

“Perkara ini mengambil masa dan akan menjadi sukar jika berada awak berada di dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Tiada jadual masa yang pasti untuk mengatasi fasa perpisahan, jadi terpulang kepada anda untuk beri diri  masa yang diperlukan.

“Ikutlah diri anda sendiri dan jangan biarkan orang lain beritahu awak bila masanya untuk move on. Itu adalah hati awak dan awak lebih mengenali diri awak sendiri,” ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, Amelia juga mendedahkan berdepan fasa perpisahan sememangnya turut membabitkan emosi yang perlu dikawal.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut emosinya bercampur-baur namun menganggap itu situasi normal sekali gus tidak salah untuk rasa sedih bersarang dalam hati.

“Kadang-kadang rasa gembira, rasa nak menangis dan kadang-kadang juga rasa rindu. Rasanya normal lah kan kita bukannya robot boleh lupa macam itu saja.

Kalau Allah dah cakap titik, jangan ubah jadi tanda tanya. Doa saja yang terbaik untuk yang di sana, insya-Allah yang baik-baik saja untuk kita juga,” tulisnya.

Sebelum ini, hubungan Amelia dan aktor, Sharnaaz Ahmad dikatakan sudah berakhir selepas mereka berdua saling unfollow akaun media sosial masing-masing. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok