Cinta lokasi normal, jangan kutuk Ruhainies – Fatiya Latiff

TERPANGGIL mengulas kontroversi Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah, pelakon Fatiya Latiff menyifatkan cinta lokasi sebagai perkara normal buat penggiat seni yang terlalu mendalami watak.

Fatiya atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 36, berkata, perasaan yang bercambah di hati dua pemain karakter sesebuah karya itu biasanya berlaku tanpa sengaja.

Saya nak buka cerita sikit pasal Bella Astillah, Ruhainies dan Aliff Aziz. Benda ini normal dalam industri hiburan sebab mereka terlampau menghayati watak.

“Apabila ‘termasuk’ dalam watak yang digalas, itu yang akan membuatkan mereka jatuh cinta namun perasaan tersebut berlaku tanpa sengaja atau tiada niat,” katanya dalam hantaran TikTok.

Begitupun, heroin drama Dia Isteri Luar Biasa itu menegaskan dia bukan menyokong perbuatan menjalin hubungan di set penggambaran sebaliknya hanya mahu berkongsi kisah benar.

Menurut Fatiya, mereka yang sudah memahami situasi dalam dunia produksi hanya mampu melihat apabila tercetus kontroversi cinta lokasi.

Saya tak cakap apa yang mereka buat itu betul. Memang dari segi undang-undang salah, dari segi agama pun salah.

“Saya rasa Bella tertekan dan menangis disebabkan netizen. Saya juga rasa dia faham situasi dilalui Aliff, dia okey sebenarnya.

Alhamdulillah, saya tengok Bella pun sekarang dah dapat banyak rezeki,” ujarnya.

Fatiya turut berharap mana-mana berhenti mengecam Ruhainies yang ditangkap khalwat dengan Aliff iaitu suami kepada Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.

Dia menyamakan senario yang berlaku dalam set drama dijayakan Ruhainies dan Aliff tidak jauh berbeza denga apa yang pernah terjadi kepada dirinya.

Walaupun kita tengok Ruhainies tersenyum, jangan kutuk dia kerana macam kes saya dulu pernah juga bercinta dalam set,” katanya.

Fatiya turut mengingatkan mereka yang mempunyai pasangan bekerja sebagai pelakon atau sama bidang supaya bersedia berdepan sebarang kemungkinan.

Kalau kau dan suami pelakon, kau kena tahan. Suami kau pelakon, kau kena tahan mental dan fizikal sebab kebarangkalian untuk jatuh cinta di lokasi itu sangat tinggi.

“Sampai tahap boleh tinggalkan isteri, jadi kita kena profesional. Cuma, ramai pelakon Malaysia hebat yang terlampau ‘in character’ tapi saya tak boleh.

“Saya jenis kuat cemburu, saya ada pengalaman buruk seseorang yang saya cinta buat hal apabila terjebak cinta lokasi,” katanya.

Pada 9 Mac lalu bintang utama drama Terjerat, Ruhainies dan Aliff Aziz mengejutkan masyarakat apabila ditangkap khalwat di kediaman pelakon cantik itu.

Susulan insiden itu, Bella Astillah memfailkan permohonan cerai ekspres iaitu proses bagi pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok