Saya tak buat piza, tapi handal masak sambal – Cakra Khan

Bukan piza tapi saya buat sambal.”

Demikian respons penyanyi Indonesia terkenal Cakra Khan apabila namanya sering menyebut mengenai piza daging wagyu dalam ruangan komen Instagramnya.

Menurut Cakra, dia juga berasa pelik apabila ramai yang mendakwa wajahnya mirip seorang pembuat piza wagyu yang juga merupakan pempengaruh media sosial.

Tidak pandai masak piza tetapi aneh juga apabila ramai menyebut saya adalah pembuat piza wagyu dalam ruangan komen ‘posting’ Instagram.

“Saya lebih handal masak sambal,” katanya kepada HibGlam ketika sidang akhbar Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di sini, semalam.

Berkongsi keterujaan mengenai konsertnya, Cakra memberitahu persembahannya bakal diiringi 32 pemuzik orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

Konsert kali ini berbeza dengan yang terdahulu kerana saya juga akan persembahkan lagu-lagi daripada album baharu.

“Dulu saya selalu mengimpikan untuk menganjurkan konsert dengan orkestra sebab rasanya akan lebih hidup dan muziknya kedengaran sangat indah. Kini impian itu bakal tercapai pada konsert itu,”ujarnya yang popular dengan lagu Mencari Cinta Sejati.

Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 Februari tahun depan.

Tiket konsert tersebut juga sudah mula dijual menerusi platform www.ticket2u.com.my. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok