PELAKON Azlee Khairi memberi amaran terhadap seorang wanita yang menggunakan imejnya bersama isteri tanpa kebenaran dalam media sosial.
Azlee dalam ruangan komen meminta wanita terbabit memadam apa yang dimuat naik selain menyifatkan perbuatannya persis badut.
Dalam nada sama, isterinya, Nurul Hidayah juga menyuarakan hal sama dalam ruangan komen hantaran tersebut.
“Macam badut sahaja, hanya awak (isteri) sahaja satu-satunya.
“Tolong padam video ini dan jangan ada muka saya,” katanya.
Menerusi komen sama, dia yang popular menerusi drama Love You, Mr. Arrogant juga menasihatkan wanita tersebut agar tidak menggunakan video miliknya sesuka hati.
Jangan suka-suka ambil video orang begini kemudian beria sangat,” katanya lagi.
Tidak berdiam diri, wanita tersebut membalas komen Azlee dengan menyatakan pelakon itu harus menerima realiti bahawa dia adalah seorang artis dan perlu menerima gurauan sebegitu daripada para peminat.
Baik tak payah jadi artis, saya (peminat) hanya bergurau. Serius sangat sebab isteri komen ya?
“Kenapa layan peminat begini? Sombong lebih daripada artis yang nama besar sangat!” selarnya.
Selain Azlee, wanita tersebut juga menegur sikap isteri pelakon itu yang cemburu selain sepatutnya memahami status suami sebagai artis yang pastinya memiliki ramai peminat.
“Awak ini jadi isteri artis dan sepatutnya pandai kawal emosi dan mental serta bijak bezakan gurauan peminat.
“Kalau menyal begini, sepatutnya kahwin dengan orang biasa sahaja atau awak bangga sebab ada suami artis, mendongak sangat. Kelakar,” ujarnya.
Meskipun sudah diberi amaran, video tersebut masih belum dipadam daripada akaun media sosial wanita itu. – HIBGLAM