D.O suka jadi antagonis

BUAT pertama kali, penyanyi D.O membawakan watak gelap dalam drama lakonannya berjudul Sculpture City.

Buat masa ini anggota kumpulan EXO itu sudah pun menyempurnakan penggambaran drama berkenaan.

Pemilik nama lengkap Doh Kyong-soo itu juga mengakui jatuh cinta dengan watak antagonis lakonannya sebaik sahaja membaca skrip.

Sejak penampilan sulung dalam lakonan menerusi filem Cart, D.O cukup membuktikan bakat semula jadinya dan terus sukses sehingga kini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok