Aliff Aziz sebenarnya penyanyi ‘leman’ – Ramli MS

PERSEMBAHAN penyanyi Aliff Aziz ketika mendendangkan lagu popular milik Datuk M. Daud Kilau berjudul Cek Mek Molek membuatkan juri tetap, Datuk Ramli MS terkejut.

Ujar maestro muzik yang mesra disapa sebagai Tok Ram itu tidak menyangka bahawa penyanyi kelahiran Singapura berkenaan mampu menyanyikan lagu berentak ‘leman’ (kampung).

“Saya kenal kamu sejak Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Saya tertipu dengan kamu.

“Masa latihan kamu tidak begini tetapi untuk persembahan malam ini, kamu memang terbaik!” ujar Ramli.

Ujar Ramli atau mesra disapa Tok Ram, nyanyian Aliff tidak dibuat-buat dan nampak natural, seolah-olah jiwanya begitu dekat dengan lagu berentak dangdut.

“Nyanyian kamu natural dan tidak dibuat-buat. Kalau begini persembahan kamu, memang ‘gerenti’! (akan ke final GV10). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok