Lain pula wajah Daiyan Trisha!

CERITA mengenai perubahan wajah selebriti bukan perkara asing dalam industri seni tempatan.

Setiap bulan, ada sahaja cerita sebegitu yang sampai kepada Diva termasuk baru-baru ini nama Daiyan Trisha turut menjadi sebutan ramai.

Semuanya disebabkan video TikTok yang dimuat naik bintang Sumpahan Jerunei itu.

Daiyan mencuri perhatian bukan kerana tariannya dalam video tersebut tetapi wajahnya dikatakan nampak agak berbeza daripada sebelum ini.

Diva ada juga tonton video tersebut dan memang nampak sedikit perubahan tetapi lebih bagus jika kita bersangka baik.

Mungkin perubahan tersebut disebabkan ‘filter’ kamera atau teknik solekan.

Macam-macam alasan boleh diberikan dan mungkin Daiyan nak biar orang ramai buat spekulasi sendiri sebab tiada sebarang penjelasan perlu diberikan pun. Dia pun tak rugi apa pun, betul tak?

DIVA: Zaman sekarang, nak cantik mudah sahaja, yang penting ada duit.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok