V BTS muncul mengejut dalam live IG Bo-gum

KEMUNCULAN anggota kumpulan BTS, V dalam siaran langsung Instagram pelakon Park Bo-gum benar-benar mengujakan semua peminat.

Biarpun mempunyai jadual harian yang sibuk, kesanggupan dan kemunculan V meluangkan masa menyapa sahabat dan peminat dalam siaran langsung tersebut juga dipuji ramai.

“Awak telah bekerja keras hari ini Encik Bo-gum. Jangan penat dan bergembiralah,” tulis V yang disambut dengan tanda suka rata-rata peminat.

Bukan setakat 10 tahun, peminat berharap persahabatan V dan Bo-gum akan kekal selama-lamanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok