Ramai mahu Scha Alyahya teruskan konten masak-masak

JIKA dalam industri seni, nama Scha Alyahya boleh dikatakan antara selebriti yang jarang muncul atau menghasilkan konten media sosial berbanding suaminya, Awal Ashaari.

Bagaimanapun, perkara tersebut berubah 180 darjah apabila dia pula dilihat semakin kerap menghasilkan konten memasak.

Terbaharu, Scha mengundang perhatian ramai apabila memuat naik konten memasak beberapa menu termasuk tempe yang merupakan makanan kegemarannya.

“Untuk pengetahuan ramai, Scha Alyahya sangat suka makan tempe,” katanya.

Sebelum itu, video menghasilkan roti coklat bersama anaknya, Lara Alana turut tular dalam media sosial.

Rata-rata peminatnya memintanya menghasilkan lebih banyak konten memasak terutama bersama Awal kerana terhibur melihat gelagatnya di dapur.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok