Tolak babak intim, netizen puji prinsip Zul Ariffin

SEJUK hati peminat Zul Ariffin selepas mendengar perkongsian penerbit, Fadzil Teh mengenai pelakon itu menolak untuk melakukan sebarang babak intim dalam mana-mana drama selepas ini.

Khabarnya, prinsip tersebut ditetapkan oleh Zul selepas mengerjakan ibadah haji pada bulan lalu.

Disebabkan prinsip tersebut, ramai yang memuji Zul kerana bertegas menolak melakonkan babak sebegitu.

Iyalah, sebelum ini banyak kali juga dia melakukan babak intim dan adegan mesra dengan pelakon perempuan dalam beberapa drama lakonannya.

Baguslah kalau ada prinsip sebegitu sebab tanpa bersentuhan pun, emosi untuk watak lakonan tetap boleh disalurkan dengan baik. Contohnya, Alif Satar, Ashraf Muslim dan Yusuf Bahrin.

Harap ramai yang akan terus mengikut jejak langkah Zul. Benda baik kita perlu sokong bukan?

DIVA: Risau semakin ramai buat pembedahan bariatrik semata-mata mahu kurus dengan cepat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok