TUTUP buku, aktor Indonesia, Rizky Billar memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kontroversi membabitkan pelakon Izara Aishah dan rombongan isterinya juga penyanyi, Lesti Kejora ketika Konsert Gema Bumantara, Sabtu lalu
Rizky, 31, mengakui mempunyai pandangan positif terhadap masyarakat Malaysia berdasarkan pengalaman berkunjung ke negara ini sebanyak tiga kali terutama kedatangan terakhirnya sekitar minggu lalu.
Sebenarnya, rakyat Malaysia baik-baik belaka. Saya sendiri mempunyai tanggapan yang baik selepas tiga kali berkunjung ke sana.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Lebih-lebih lagi pada kunjungan terakhir yang benar-benar meninggalkan kenangan indah buat saya.
“Saya secara peribadi dan tanpa mewakili mana-mana pihak ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang telah mengguris hati,” katanya menerusi platform Thread.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu turut memuat naik tangkap layar mesej langsung (DM) daripada peminat Malaysia yang meninggalkan kata-kata menenangkan berkaitan isu membabitkan isterinya.
Hai Rizky dan keluarga, jangan bimbang. Salah faham itu biasa. Sudah saling memaafkan adalah sikap yang saya respek.
“Saya peminat dari Malaysia. Usah risau, tiada kebencian. Semoga jangan bosan datang Malaysia ye,” tulis peminat tersebut.
Menerusi hantaran lain, suami kepada Lesti itu mengingatkan setiap kata-kata perlu dijaga agar tidak meninggalkan luka dalam hati orang lain, apatah lagi setiap insan tidak mengetahui pengakhiran mereka.
Kerana kita tidak pernah tahu bila kita akan dipanggil menghadap Yang Maha Kuasa. Boleh jadi pada saat itu, masih ada hati yang terluka kerana kata-kata kita,” ujarnya.
Kontroversi tercetus selepas Izara mendakwa rombongan Lesti kurang mesra apabila hanya melayan individu tertentu ketika konsert berkenaan.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian Rizky yang mempertikaikan tindakan Izara menegur perkara tersebut secara terbuka, namun dia pula ‘diserang’ netizen tempatan.
Menjelaskan keadaan, dia mendakwa seorang pengawal peribadi pelakon terbabit lebih dulu bersikap kasar terhadap anak kecilnya ketika mahu bergambar dengan Biduanita Negara itu.
Selepas itu, Lesti pula tampil dengan mengakui dirinya tidak berada di lokasi kejadian, tetapi berharap salah faham membabitkan seorang anggota jemputannya dapat dileraikan.
Terdahulu, walaupun hantaran yang mencetuskan perdebatan netizen Indonesia dan Malaysia sudah dipadam, isu itu terus membahang sehingga Siti meminta tiada lagi pihak mengeruhkan keadaan memandangkan kedua-dua pihak sudah berdamai. – HIBGLAM

