Terkesan bapa buta, Sooyoung derma RM 1juta

IMPAK kehilangan penglihatan bapanya, penyanyi dan pelakon, Sooyoung tampil memberi sumbangan besar sebanyak 300 juta won (RM1 juta) sebagai dana penyelidikan masalah buta di sebuah hospital.

Berita tersebut didedahkan pihak Hospital Bucheon Universiti Soonchunhyang yang memaklumkan selebriti terkenal itu menyediakan dana pelaburan pesakit retina bagi menyokong pembangunan rawatan penyakit retina genetik.

Dalam masa sama, dia bersama-sama Korean Foundation Fighting Blindness membuat sumbangan besar kepada OligoNGene Pharmaceutical Co. Ltd.

Keprihatinan anggota kumpulan Girls’ Generation itu tercetus kerana bapanya menghidap penyakit Retinitis Pigmentosa sehingga buta.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok