Kerja 98 hari tanpa cuti, JLo nyaris buta, lumpuh

PENYANYI dan pelakon, Jennifer Lopez atau JLo berdepan pengalaman ngeri apabila hampir buta serta tidak mampu menggerakkan tubuh selepas bekerja tanpa henti selama 98 hari berturut-turut.

Bintang berusia 56 tahun itu berkata, insiden tersebut berlaku ketika menjalani penggambaran filem Enough pada 2002, iaitu ketika kariernya berada di kemuncak.

Menurut JLo, ketika itu dia baru selesai membintangi empat filem berturut-turut malah pada masa sama menyiapkan album keduanya, J.Lo yang mendapat sambutan.

“Saya baru selesai penggambaran empat filem tanpa henti dan merakam album kedua.

“Saya menjalani penggambaran setiap hari, kemudian masuk ke studio pada waktu malam. Hujung minggu pula terikat dengan acara promosi, penggambaran video muzik dan pelbagai komitmen lain.

Satu hari saya tiba-tiba tidak boleh bergerak, manakala pandangan pula jadi gelap.

“Selepas pemeriksaan lengkap, doktor mengesahkan saya mengalami keletihan melampau,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok