BARU-BARU ini Amyza Aznan sekali lagi membuat satu Malaysia sebak apabila menzahirkan ucapan terima kasih kepada setiap individu yang menyumbang derma untuk anak lelakinya, juga penghidap kanser tulang, Adrian Adam.
“Saya terharu dengan kasih sayang orang ramai terhadap Adrian. Terima kasih sebab duit-duit yang kalian beri, Adrian dapat jalani rawatan terbaik.
Tak salah saya untuk menangis sebab terharu, kalau tiada sumbangan daripada kalian, dia tak dapat jalani rawatan yang bagus.
“Saya tak mampu nak balas, hanya dengan doa sahaja, sebak dan tak terkata. Adrian anak, adik dan cucu online semua orang, kalian berhak untuk tahu apa statusnya ketika ini,” katanya kepada HibGlam sebelum ini.
Diva difahamkan, Adrian baru sahaja menjalani prosedur memasukkan jarum halus terus ke bahagian tumor pada kaki bagi membantu mengecilkan ketumbuhan.
Semoga Adrian diberikan kesembuhan dan kuat melalui setiap prosedur rawatan. Satu Malaysia mendoakan untuk Adrian.
DIVA: Harap kehebatan anak Aziz M. Osman dalam bidang akademik jadi contoh kepada generasi muda.
